Rahsia Kulit Cantik Untuk Yang Malas Mekap

Impian wanita Malaysia, mestilah nak jadi cantik tanpa pakai mekap.  Cuma yang tak bestnya, tak rasa konfiden yang diri sendiri boleh jadi cantik tanpa mekap.  Kadang-kadang kena jugak bawak barang mekap kalau nak keluar ke mana-mana.  Percaya tak, sebenarnya korang boleh jadi cantik tanpa perlu pakai mekap.  Nak tau rahsianya?

Image result for muslimah no makeup
Gambar Hiasan


Ni antara rahsia macam mana korang boleh jadi cantik tanpa perlu mekap.  Jangan risau, senang aje guys!

1.  Minum jus lemon
Enzim dalam jus lemon bantu membunuh sel kulit mati korang dan membantu melicinkan kulit.
Image result for jus lemon


2.  Sapu madu
Siapa yang boleh nafikan khasiat madu betul tak?  Caranya, ambil madu dan sapu pada muka, leher dan bahagian kulit yang kasar.  Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas.


3.  Masker geli lidah buaya
Ini cara tradisional untuk dapatkan kulit cantik.  Patutla orang dulu-dulu cantik natural kan?
Ambil gel lidah buaya kemudian sapu pada kulit beberapa kali seminggu.  

Image result for lidah buaya


4.  Buat toner tomato
Sesuai untuk hilangkan jerawat, jeragat dan blemish.  Caranya, kisar tomato sampai jadi pes.  Ambil pes dan tekap kat muka atau kawasan kulit tak sekata selama 10 minit.  


5.  Pakai Dianz Mask and Moist
Kulit muka korang kotor?  Banyak sangat whitehead sampai terseksa nak cabut?  Gunakan aje Dianz Mask and Moist guys.  Wajah korang nanti jadi bertambah segar dan bebas whitehead yang dah lama melata kat wajah korang.

Image result for dianz mask and moist


Tak mustahil untuk jadi cantik tanpa pakai mekap.  Sebaliknya, terpulang pada diri korang sama ada nak buat atau tidak.  Kalau korang ikuti rahsia-rahsia ni, tahniah kerana korang mula ada kesedaran untuk jadi cantik tanpa perlu bermekap lagi.  Selamat berjaya, guys!

Comments