Zaman sekarang ni semua orang nak kulit cantik tak kiralah lelaki ke perempuan kan? Tapi masalah utama untuk dapatkan kulit cantik berseri mestilah jerawat. Adakala susah nak buang jerawat ni, sampai rasa nak kikis muka sendiri.
So, apakata kita amalkan petua-petua ni. InsyaAllah kulit kita akan jadi makin berseri dan bebas jerawat.
Gambar Hiasan |
So, apakata kita amalkan petua-petua ni. InsyaAllah kulit kita akan jadi makin berseri dan bebas jerawat.
1. Cuci muka bersih-bersih
Tolonglah, selalu cuci muka korang sebersih-bersihnya. Muka kita sentiasa terdedah dengan habuk setiap hari. Maka, lagi senang untuk jerawat timbul di wajah kita.
2. Say no to make up
Kurangkan pakai make up sebab wajah kita perlukan ruang untuk bernafas. Maka, pastikan kita memakai make up bila perlu sahaja. Kalau kita selalu pakai make up, wajah lebih mudah terdedah dengan bahan kimia dari pada make up dan seterusnya menghasilkan banyak jerawat di bahagian wajah.
3. Makan Dianz Vitamin
Seharian memang kita tak ada masa nak luangkan untuk singkirkan jerawat. So, sementara sambil buat kerja kat ofis bolehlah consume Dianz Vitamin sebab ia berkesan dalam mengurangkan parut dan jerawat kat wajah korang. Maklumlah, nak jadi peloles punya pasal kan.
4. Banyakkan minum air
Air sangat penting dalam kehidupan kita. Mungkin kita akan rasa meluat sebab sepanjang masa kena buang air kecil kalau banyak minum air tapi ketahuilah bahawa air membuang toksin dalam badan kita dan sekaligus akan bersihkan muka kita.
5. Jangan pegang muka
kulit wajah kita sangat sensitif lebih-lebih lagi kepada sentuhan. Jadi kalau muka korang ada tumbuh jerawat atau blackhead ke tolong jangan sentuh, sebab sentuhan korang kat wajah akan menggalakkan lagi pertumbuhan jerawat dan juga blackhead yang tak diundang.
Jadi, amalkan petua-petua ni kalau korang nak wajah yang cantik berseri dan bebas jerawat. Tak susah pun kan? Yang pasti, lepas ni semua orang boleh dapatkan wajah yang cantik berseri.
Comments
Post a Comment