Nak cepat lembabkan muka korang yang kering? Cuba follow cara ni!

Bila kulit muka kering, semestinya muka korang akan nampak kusam dan tak bermaya.  Kulit muka jadi kering kalau tak dapat zat vitamin dan mineral yang mencukupi. 



Image result for exhausted muslim
Gambar Hiasan


Bila dah jadi macam ni, ada cara-cara yang boleh kita follow untuk lembabkan balik kulit wajah korang dengan cepat dan berkesan.  Antaranya:


1.  Oles & Tekan Madu Ke Dalam Kulit
Ambil madu dan sapukan ke kulit muka korang secara urutan dan tekankan supaya madu masuk ke liang-liang pori wajah korang.  Madu bertindak sebagai anti oksidan yang buang segala kotoran kat wajah korang dan secara tak langsung jadikan wajah kulit korang jadi bertambah lembab.


Image result for madu



2.  Mandi susu
Susu ada khasiat untuk lembabkan kulit korang dan merawat masalah kulit muka dan seluruh badan.  Sapa kata mandi susu untuk jadi putih aje?  Buat sendiri aje, tak payah pergi spa.  Jimat!!!!


3.  Memakai gel aloe vera atau lidah buaya asli
Gunakan lidah buaya dan tonyoh aje kat seluruh muka korang biar rasa dingin dan sejuk.  Lama-lama kulit wajah korang akan jadi makin lembab dan tak kering lagi.

Image result for aloe vera


4.  Sapu muka dengan minyak zaitun
Minyak zaitun ada pelbagai zat yang boleh membantu melembabkan kulit muka dan mengatasi masalah kulit muka korang.  Korang hanya perlu sapu dan ratakan aje minyak zaitun kat kulit wajah korang.  Minyak zaitun pun boleh kembalikan keremajaan kulit tau.


5.  Pakai Dianz Mask And Moist
Kulit korang jadi kering sebab selalu terdedah dengan kotoran dan debu.  Apa kata celarkan segala kotoran tu dengan Dianz Mask And Moist.  Dengan kandungan seperti Arniga Montana Flower Extract, Camellia Sinensis Extract, Blueberry Extract, Delima Extract, Lavender Oil, Jojoba Oil dan Avocado Oil untuk berikan lebih kesegaran di wajah korang seterusnya melembabkan lagi kulit wajah korang.  Rugi tak cuba tau!

Image result for dianz mask and moist


Kalau korang amalkan cara-cara ni selalu InsyaAllah kulit korang akan sentiasa lembab dan sentiasa segar sepanjang hari.  Apa korang tunggu lagi, jom try sekarang! 

Comments