7 Cara Terbaik Jaga Muka Dengan Betul!

Muka kita kan cerminan kita.  Lagi bersih wajah kita, lagi tinggi konfiden kita akan naik kan?  Wajah kita ni sebenarnya anugerah Allah SWT yang tak ternilai.  



Image result for beautiful muslimah
Gambar Hiasan 


Tapi korang tau tak cara yang best untuk jaga muka?  Jangan bagi alasan takdak masa lak naaa.  Jangan risau, hangpa ikut aja tips ni.  InsyaAllah berkesan, ringkas dan mudah.  Jom cuba!

1.  Kurangkan pakai pencuci muka

Dalam pencuci muka kan ada bahan kimia yang berbahaya. Cuba kurangkan pakai pencuci muka yang ada kawalan minyak kerana ia bersifat sementara sahaja.  Secara tak langsung menggalakkan pengeluaran minyak. Dua kali sehari sahaja untuk pakai.

2. elakkan campur produk sesuka hati

Cara jaga muka ini kena pandang serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati sebab boleh rosakkan kulit muka.

3. campur serbuk teh dan madu

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat macam scrub dan sapu di leher dan lengan. Nak senang buat scrubbing, simpan campuran  dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.
Pasti ia tahan lama. Kalau simpan luar, ia hanya bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

Image result for serbuk teh dan madu\

4. WAP PANAS

Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.
Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.
Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.
Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. minuM TEH HIJAU

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau baik untuk pengantioksida yang mampu kurangkan jerawat.
Image result for green tea


6. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.
Image result for minyak sayur



7. Dianz Mask And Moist

Ini bukan alasan untuk orang yang tiada masa, sebab sekejap sahaja untuk gunakan Dianz Mask And Moist ni.  Korang hanya perlukan setengah jam sahaja untuk memiliki wajah yang bersih dan segar tau.  Baunya yang wangi dan warna mask rare ungu pasti buat korang tertarik dengan produk ni.  

Image result for dianz mask and moist

Bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Bersihkan tangan masa nak memegang muka dan selalu buat perawatan muka (masker, scrub) sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka anda akan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah.






Comments